Kejohanan Skuasy Dunia di Manchester minggu depan bakal menjadi medan ukuran prestasi semasa buat Ng Eain Yow sebelum mempertaruhkan aksi di pentas Sukan SEA buat kali pertama.
Eain Yow, yang bakal melakukan penampilan sulung dalam Sukan SEA, akan turun beraksi dalam tiga acara, iaitu individu, beregu dan berpasukan.
Walaupun sudah serasi dengan acara individu, juara remaja dunia 2016 itu masih lagi mencari rentak bagi acara beregu, sekaligus Kejohanan Dunia yang bermula pada 1 Ogos nanti akan menguji tahap kemampuannya apabila berpasangan dengan Mohd Syafiq Kamal.
Apatah lagi, kejohanan itu adalah ujian terakhir sebelum mereka ke perhimpunan atlet fasa akhir Sukan SEA 2017 sebaik sahaja pulang ke Malaysia pada 7 Ogos.
"Saya rasa itu peluang yang baik untuk saya dan Syafiq kerana ia merupakan satu persediaan yang bagus untuk kami.
"Malah, dalam saingan Sukan SEA juga, saya akan berpasangan dengan Syafiq bagi acara beregu," katanya.
Dalam masa sama, Eain Yow yang berusia 19 tahun optimis misi untuk menyapu bersih tiga pingat emas mampu dicapai meskipun masih belum merasai pengalaman dalam temasya dwitahunan itu.
"Bagi saya, saya hanya fokus pada latihan dan usaha gigih untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Sukan SEA dan setakat ini, segala-galanya berjalan lancar," tambahnya.