Keberkesanan program latihan jurulatih jentera serangan, Michael McCann, akan diuji apabila Malaysia menghadapi sembilan perlawanan dalam Jelajah Eropah bermula 21 Julai ini, namun kemenangan bukan keutamaan pengendali skuad hoki negara, Roelant Otlmans.
McCann meninggalkan Malaysia selepas menamatkan program latihan khas.
Jentera serangan yang diketuai pemain senior, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, akan diuji dalam program Jelajah Eropah di mana Malaysia akan menghadapi juara dunia, Belgium, Belanda, Jerman, Sepanyol, Great Britain dan Ireland.
Ia pelantar buat skuad bimbingan Oltmans itu untuk menguji keberkesanan program latihan khas berkenaan dengan kemenangan disifatkan sebagai satu bonus.
"Kami akan berdepan pasukan kedua dan ketiga dunia, seluruh pasukan handalan Eropah akan kami hadapi.
"Jadi adalah tidak masuk akal untuk menjangkakan kami akan memenangi banyak perlawanan.
"Itu bukan matlamat utama kami, sebaliknya kami mahu menimba pengalaman dalam perlawanan-perlawanan berkenaan agar kami mencapai kemuncak prestasi pada Oktober kelak," kata jurulatih kelahiran Belanda itu.
Malaysia, di ranking ke-12 dunia, akan menghadapi play-off kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, November depan.
Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah dalam temasya Sydney 2000.
"Jika anda kerap berpeluang mengasak kubu lawan dalam 25 ela, maka 30 peratus daripada gerakan itu perlu dilakukan di dalam kotak 'D' dengan 30 peratus daripada situasi itu perlu menghasilkan 30 peratus percubaan tepat, seterusnya mencipta 30 peratus peluang jaringan.
"Ia kedengaran seperti statistik yang mudah tetapi alangkah baiknya jika ia mudah dicapai.
"Itulah sebabnya kami mengadakan latihan seperti ini," katanya lagi.