Skip to main content

Sukan Lain

Malaysia terus berusaha bida hak penganjuran Kejohanan Ragbi Asia 2017

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

1117mazuri_pengurusbesarragbimalaysia.jpg
Malaysia kini dalam fasa akhir untuk membida hak penganjuran Kejohanan Ragbi Asia 2017 berdasarkan rekod cemerlang negara dalam sejarah menganjurkan kejohanan sukan ragbi bertaraf Asia.

Malaysia dilihat sebagai lokasi yang strategik untuk sekali lagi menganjurkan Kejohanan Ragbi Asia.

Selain mempunyai venue pertandingan yang menepati piawaian ragbi Asia, kemudahan logistik dan tempat penginapan juga adalah faktor utama untuk menguatkan lagi bidaan Malaysia.

Setakat ini, hanya Filipina yang menghantar permohonan untuk membida hak sebagai tuan rumah bagi kejohanan itu.

"Terdapat empat pasukan yang menyertai Divisyen Satu, Kejohanan Ragbi Asia, iaitu Malaysia, Sri Lanka, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Jadi, mudah untuk pasukan-pasukan itu untuk datang ke Malaysia berdasarkan kemudahan-kemudahan yang ada dan juga faktor rekod penganjuran sebelum ini yang dilaksanakan dengan sangat meriah," kata Pengurus Besar Ragbi Malaysia, Mohd Mazuri Sallehudin.

Malaysia mengusulkan Kejohanan Ragbi Asia 2017 dianjurkan di Ipoh, Perak memandangkan kebanyakan venue di sekitar Lembah Klang ditutup sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pada musim 2016, Malaysia menjadi tuan rumah dan muncul juara Divisyen Satu apabila memenangi aksi terakhir perlawanan menentang Singapura.

"Maknanya, kami tidak hanya tertumpu di Lembah Klang. Kami juga keluar untuk membuat promosi kepada masyarakat yang lebih luas. 

"Juga sebagai contoh, kami menganjurkan Kejohanan Ragbi AirAsia 7s Bawah 21 tahun di Johor. Jadi, tidak salah untuk kami menganjurkannya di Perak pula," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video