Arena sukan negara masih memerlukan Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David selepas Sukan Komanwel biarpun berdua mungkin boleh memikirkan soal persaraan berdasarkan usia mereka.
Pengarah Program Podium, Tim Newenham, mengakui kagum dengan prestasi yang ditampilkan Chong Wei dan Nicol di Gold Coast sambil membayangkan mereka berdua masih mampu menyumbang untuk tempoh beberapa tahun lagi.
Chong Wei, terutamanya, mempamerkan semangat juang hebat menumbangkan pemain nombor satu dunia, K. Srikath, ketika aksi akhir dan Newenham optimis dia dan Nicol tidak memberi sebarang petanda akan menggantung raket dalam masa terdekat.
"Mereka benar-benar mahu teruskan (karier) dalam Sukan Asia khususnya dan melakukan yang terbaik.
"Ini merupakan motivasi. Seperti mana yang anda lihat menerusi Datuk Lee Chong Wei, dia benar-benar mendambakannya. Dia seorang pemain yang menghampiri persaraan tetapi mempunyai keinginan tinggi untuk menundukkan pemain nombor satu dunia.
"Saya pasti anda semua telah menyaksikannya.
"Marilah kita mengalihkan tumpuan kepada Sukan Asia dan beri ruang untuk mereka fokus kepada Sukan Asia sebelum kita bercakap lebih lanjut," katanya.
Selain itu, Newenham turut bimbang dengan persembahan atlet olahraga seperti Nauraj Singh Randhawa yang mempamerkan salah satu aksi terburuk dalam kariernya.
Akan buat perjumpaan dengan jurulatihnya, Alex Stewart, selepas pulang ke tanahair, beliau mahu Nauraj mempamerkan prestasi sebenar dalam Sukan Asia 2018.
Dalam acara akhir di Gold Coast, Nauraj sekadar melakukan catatan 2.18 meter, jauh daripada rekod kebangsaan 2.30 m yang dilakukan dalam Kejohanan Terbuka Singapura tahun lalu.
"Dia akan belajar dari situ. Sasaran sebenarnya adalah untuk memberikan persembahan baik dalam Sukan Asia. Rankingnya lebih tinggi di peringkat Asia berbanding di sini (Gold Coast).
"Kami menjangkakan dia akan lekas belajar mengenainya. Saya telah bercakap dengannya agar ia tidak berulang lagi dalam memastikannya mampu kekal dalam perancangan sekiranya di bawah tekanan.
"Saya harap boleh lihat kemampuannya dan catatan 2.30 meter agak bagus di peringkat Asia. Saya harap dia mampu mengatasi rekod peribadinya itu," ujarnya lagi.