Pahang Rangers mempamerkan kebangkitan hebat dalam aksi separuh akhir untuk menempah tiket final Malaysia Futsal Cup (MFC).
Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua MFC di Stadium Tertutup Pasir Gudang.
JDT berpeluang mara sekiranya berjaya mempertahankan keputusan agregat 5-3 yang diraih dalam aksi separuh akhir pertama.
Pahang Rangers berpeluang mara dengan syarat menjaringkan tiga gol atau lebih untuk mengatasi kelebihan agregat Harimau Selatan.
Penyerang Brazil, Bruno Taffy mengetuai serangan tuan rumah. Rakan senegara, Felipe de Souza menjadi sandaran gol Pahang Rangers.
Harith Naim Mohd Nasir meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-12. Seminit selepas itu, giliran de Souza menggandakan kelebihan Pahang Rangers.
Awalluddin Mat Nawi memastikan JDT mendahului agregat 6-5 menerusi gol pada minit ke-14. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat separuh masa.
Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan semakin rancak melancarkan serangan untuk memburu gol tambahan.
De Souza meledakkan dua gol untuk mencipta hatrik buat Pahang Rangers. Ini menyaksikan pelawat mendahului tuan rumah dengan keputusan agregat 7-6.
Penyokong JDT kembali bersorak apabila pasukan itu mengikat kedudukan agregat 7-7 menerusi Ridzwan Bakri.
Tonggak import Pahang Rangers, Matheus Moura menceriakan kem pelawat dengan gol kelima pada minit ke-39. Awalluddin memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan dengan gol ketiga JDT.
Selepas terikat 8-8 secara agregat, perlawanan diheret ke masa tambahan untuk menentukan pemenang.
Harith Naim meledakkan gol pada babak kedua masa tambahan untuk menjadikan kedudukan 6-3. Ini disusuli gol Norakmal Norizal untuk menjadikan kedudukan 7-3.
Abu Haniffa Hasan mengurangkan defisit gol kepada 7-4. Walau bagaimanapun, itu sudah terlambat untuk menghalang pelawat menempah tiket final dengan keputusan agregat 11-9.
Pahang Rangers kini menunggu pemenang antara Selangor FC dan Sabah sebagai lawan di pentas final MFC.-MB