Kontinjen negara tetap berasakan Malaysia masih berada di landasan untuk mencapai objektif Sukan Komanwel Gold Coast meskipun prestasi beberapa sukan sasaran pingat tidak memuaskan.
Objektif kontinjen di Gold Coast adalah untuk menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik di bawah peruntukan Program Podium di samping keperluan untuk mengatasi pencapaian enam pingat emas di Glasgow, empat tahun lalu.
Malaysia kini berada di luar kedudukan 10 terbaik dengan acara seperti badminton menerusi berpasukan campuran antara yang gagal mencapai sasaran emas.
"Tiada siapa yang tahu bila pingat-pingat lain akan diraih. Saya rasa sukan angkat berat yang diberikan harapan tinggi telah memenuhi sasaran sementara sukan yang tidak diletakkan sasaran tinggi dan kami mengharapkan mereka, masih belum menunjukkan keputusan yang dimahukan.
"Terjun sudah memberikan hasil yang diharapkan dan sudah tentu kami tahu mereka mempunyai potensi itu.
"Untuk gimnastik, kami sedar mereka bagus untuk meraih pingat dan membawa pulang perak, jadi ini untuk menjelaskan Malaysia berada di landasan yang betul dari segi persembahan individu," kata chef-de-mission (CDM) negara, Huang Ying How.
Kontinjen negara juga berpandangan atlet negara akan berjuang hingga ke hari terakhir saingan.
Ini bermakna sukan seperti skuasy atau badminton berpeluang menjadi penyelamat jika kedudukan semasa Malaysia kekal seperti ini.