Jurumudi Malaysia Armed Force Team 1, Mohd Masyuri Rahmat, berikar untuk melunaskan dendam ke atas pencabar dari Thailand, Pine Pacific, apabila pusingan kelima dan keenam Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi bersambung semula, hari ini.
Semuanya bermula ketika Regatta Piala Raja Thai di Phuket, Disember lalu, apabila pasukan tentera laut Thailand itu mencabar pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ketika itu bertanding menggunakan bot Zuhal.
Masyuri yang dalam perancangan untuk menyertai pasukan Uranus dalam Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi terpaksa menukar pasukan dan kategori demi menyahut cabaran itu.
"Untuk kejohanan kali ini, kami nampak Thailand menghantar pasukan terbaik mereka, begitu juga Singapura yang menghantar pasukan mereka yang pernah bergelar juara.
"Kami cuba menjadi lebih baik daripada mereka untuk menggondol kejuaraan kali ini," katanya.
Mengendalikan pasukan Armed Force Team 1 dalam kategori sportboats, Masyuri dan krewnya mempamerkan keserasian di tengah samudera untuk mengetepikan saingan pencabar lain, terutama Pine Pacific, yang kebanyakannya dibarisi anggota tentera laut Thailand.
Berbaki dua hari lagi sebelum Regatta Antarabangsa Langkawi melabuhkan tirai, pasukan Armed Force Team 1 berazam untuk meraih kejayaan yang pernah dilakar pada 2014.
"Kami memberikan saingan sama rata kepada semua pencabar.
"Ketika ini, kami di kedudukan teratas dan kami mahu mengekalkan kedudukan ini," ujar penyelaras layar Armed Force Team 1, Mohd Akiyuddin Mat Zaki.