Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), David Grevenberg, akan mengetuai lawatan delegasi CGF ke KL Sports City, Rabu ini, untuk menilai kos penganjuran Sukan Komanwel 2022 atau 2026 jika Malaysia berminat.
Malaysia adalah antara empat negara yang akan dilawati Grevenberg bagi mencari pengganti Durban yang dilucutkan hak penganjuran temasya 2022.
Selain Malaysia, delegasi CGF akan turut melawat Australia, England dan Kanada.
Grevenberg akan membuat laporan sebelum menyerahkannya kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi membuat pertimbangan sama ada berminat menganjurkan temasya 2022 atau 2026.
"Buat masa ini, Malaysia tidak memiliki niat untuk menganjurkan Sukan Komanwel. Delegasi CGF akan ke Malaysia menilai venue yang telah disiapkan bagi menghadapi Sukan SEA," kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar.
Apa yang menarik, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pernah menyuarakan pendirian kerajaan bahawa Malaysia tidak berminat menganjurkan Sukan Komanwel.
Untuk rekod, Malaysia muncul negara Asia Tenggara pertama menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998.
Sementara itu, mesyuarat Majlis Eksekutif MOM di ibu kota memutuskan persatuan sukan kebangsaan perlu memastikan setiap acara Sukan SEA disertai sekurang-kurangnya empat negara atau acara itu akan dibatalkan.
"Kami telah memberikan amaran kepada persatuan sukan kebangsaan bahawa mereka perlu menyedari terdapat beberapa acara yang mungkin dibatalkan kerana kekurangan penyertaan."
Sementara itu, persatuan sukan kebangsaan menganggap keputusan MOM sebagai cabaran positif menjelang temasya Ogos depan.
"Kami sentiasa berhubung dengan persatuan-persatuan sukan serantau di Asia Tenggara dan mereka berjanji menghantar penyertaan dalam setiap acara yang dipertandingkan," kata Presiden Luncur Ais Malaysia, Mohamad Fadzil Johan.
"Kami yakin bahawa Persatuan Pelayaran Malaysia telah berbincang dengan peserta Sukan SEA yang lain dan mereka berjanji untuk menyertai 14 acara yang akan dipertandingkan," jelas Setiausaha Kehormat, Persatuan Pelayaran Malaysia, Megat Fairuz Khairuddin.
Kebimbangan ketika ini ialah terhadap acara berbasikal trek selepas Kejohanan Pra Sukan SEA dibatalkan kerana negara lain tidak memberikan komitmen.
Begitupun, wakil Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak menghadiri mesyuarat tersebut.