Skip to main content

Sukan Lain

Malaysia akur dengan kebangkitan Thailand

futsal-malaysia.jpg

THAILAND 5 MALAYSIA 3

Dekat tapi jauh... mungkin itu ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan kekalahan 5-3 skuad futsal negara berdepan Thailand dalam saingan separuh akhir Kejohanan Futsal AFF 2016, hari ini.


Mendahului perlawanan 3-0 dalam babak pertama menerusi jaringan Saiful Nizam, Khairul Affendy dan Syed Aizad, skuad kendalian Chiew Chun Yong menampilkan aksi cukup mantap dan memberi bayangan mampu melakar kejutan.

Bagaimanapun, memasuki babak kedua, Thailand mula bangkit dan bingkas menyamakan kedudukan menerusi hatrik pemain berusia 19 tahun, Osman Musa.

Tatkala skuad negara cuba memburu gol tambahan, Jirawat Sornwichian meletakkan Thailand didepan dengan gol keempat sebelum mengambil kesempatan ketiadaan penjaga gol untuk menyumbat gol kelima dari jarak jauh.

Meskipun tewas, anak buah Chun Yong layak mendapat pujian ekoran berjaya mara ke separuh akhir meskipun tidak melalui proses persiapan yang sempurna.
 
Kredit foto: Facebook SMM Sport

Advertisement

Must Watch Video