Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memperkenalkan saingan Piala Malaysia bagi menghangatkan perkembangan sukan itu di peringkat negeri.
Cetusan penganjuran Piala Malaysia itu bertujuan untuk mewujudkan saingan berkualiti buat ahli gabungan MABA.
Perebutan pemain ketika saingan Piala Agong sering menyaksikan hanya pasukan kelab dan negeri yang memiliki dana banyak bersaing.
Atas dasar itu, MABA memperkenalkan satu syarat penting bagi edisi sulung Piala Malaysia yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.
Pemain hanya boleh mewakili pasukan negeri kelahiran mereka yang menjadi perbezaan ketara berbanding dua saingan utama di bawah kelolaan MABA.
"Piala Agong sering kali menghadapi isu dalam perpindahan pemain. Jika kami menganjurkan Piala Malaysia, ia akan menyelesaikan perkara ini kerana sukan ini sedang menghadapi pertukaran dalam sistem.
"Kami berharap kebajikan pemain setiap pasukan dapat dijaga oleh kelab. Bagi saingan Piala Malaysia, setiap pemain akan mewakili negeri masing-masing dan bagi Piala Agong, mereka akan mewakili kelab," kata Presiden MABA, Lua Choon Hann.