Bukan pengakhiran sebuah lakaran sejarah yang diinginkan apabila naratif perjalanan buat CG E-Sports ibarat 'Kisah Cinderella' apabila tamat di tangan SRG.OG dalam Grand Finals MPLMY Musim Ke-16 kelmarin.
Kejuaraan Liga Akademi MLBB (MAL) musim lalu disusuli kecemerlangan sepanjang saingan MPL16 -- sekali gus menempah slot ke Kejohanan Dunia M7 -- masih gagal menggugat dominasi penuh Gergasi Merah.
"Hero kami tidak setaraf mereka lagi.
"Pergerakan map mereka juga jauh lebih baik daripada CG," kata jurulatih CG, Rain.
Dia mengakui jurang perbezaan sangat ketara merangkumi aspek pengalaman, variasi hero serta penguasaan map, lantas kekalahan itu menjadi pengajaran berguna buat mereka sebelum memulakan perjuangan dalam M7.
"Strategi untuk tahap antarabangsa lebih kepada data pasukan luar.
"Kami perlukan maklumat yang mencukupi untuk persediaan menghadapi pasukan luar.
"Kami juga menguji pasukan luar, ada keputusan yang positif dan negatif.
"Kami sudah ada titik permulaan cuma perlu diperbanyakkan lagi agar kami lebih bersedia," katanya.