Indonesia gagal bergelar juara Kejohanan Bola Sepak FIFA Series 2026 di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Bulgaria dalam aksi final di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Sang Garuda memulakan kempen dengan menewaskan Saint Kitts-Nevis 4-0 manakala Bulgaria pula membelasah Kepulauan Solomon 10-2.
Advertisement
Bulgaria, yang kini berada di ranking ke-87 dunia, bergelar juara menerusi jaringan tunggal hasil sepakan penalti Marin Petkov pada minit ke-38.
Dalam pada itu, Saint Kitts-Nevis pula muncul pemenang tempat ketiga dengan menewaskan Kepulauan Solomon 4-2.