Nama bekas penyerang Selangor, Ayron Del Valle, kembali menjadi sebutan selepas dia dilaporkan bakal kembali memperkuatkan skuad The Red Giants.
Dalam satu hantaran terbaru pemain kelahiran Colombia berusia 37 tahun -pemenang kasut emas Liga Super 2023- itu di laman Instagram dilaporkan dia sudah berlatih di padang latihan Selangor dengan berkongsikan: "Sentiasa bersedia".
Sebagai rekod, Ayron menjadi penjaring terbanyak Liga Super dengan menghasilkan 23 gol sepanjang kempen 2023.
Namun, dia menjadi antara enam pemain meninggalkan kelab itu bersama Brendan Gan, Yazan Al-Arab, Boakye-Yiadom, Rauf Salifu dan Zahril Zabri pada 2024.