Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Siaran langsung (live streaming) Vietnam vs Malaysia

AQM

Saingan Kumpulan F akan melabuhkan tirai apabila pertemuan Vietnam menentang Harimau Malaya menjadi perlawanan terakhir pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Nam Dinh, Selasa ini.

Dengan tuan rumah telah mara ke Arab Saudi 2027, aksi ini diberi tumpuan khusus oleh Vietnam untuk membalas dendam ke atas peristiwa di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Jun lalu.

Advertisement

Skuad kendalian Peter Cklamovski mencari kemenangan meskipun telah tersingkir kerana pemotongan mata dan kemenangan ditarik akibat isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain sebelum ini.

KELAYAKAN PIALA ASIA 2027: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) VIETNAM VS MALAYSIA

Tarikh: 31 Mac 2026 (Selasa)
Saluran: Astro ArenaHD (801)
Lokasi: Stadium Thien Truong, Nam Dinh
Masa: Bermula 8 malam

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!
 

Must Watch Video