Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Kami hormati keputusan FIFA, AFC -- Jurulatih Vietnam

kim

Jurulatih Vietnam, Kim Sang Sik, menjelaskan pasukannya berada dalam momentum terbaik untuk melakar kemenagan ke atas Malaysia meskipun sudah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2027.

Jurulatih berusia 49 tahun dari Korea Selatan itu turut berkongsikan kekecewaan selepas tewas 0-4 dalam aksi lalu di TM Stadium Nasional pada Jun tahun lalu, sebelum Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membatalkan keputusan itu selepas mendapati FAM melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib Dan Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak -Malaysia diisytihar kalah 0-3- dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 berkenaan.

Advertisement

"Terima kasih penyokong Vietnam kerana menyokong kami, kami berharap dapat meraih kemenangan esok.

"Saya gembira kerana pasukan telah layak ke Piala Asia tahun depan, namun kami tetap hargai keputusan perlawanan esok serta sokongan penyokong. Pasukan dan staf kejurulatihan telah bekerja keras untuk capai keputusan ini.

 

 

 

 

"Daripada pandangan saya secara peribadi keputusan tewas 4-0 sebelum ini satu keputusan yang mengecewakan untuk kami, kemudian terdapat isu daripada FIFA, AFC dan kami hormati keputusan mereka.

"Ia motivasi yang baik buat pasukan, saya harap esok kami dapat meraih kemenangan buat rakyat Vietnam dan penyokong.

"Semestinya sasaran kami untuk menang dalam aksi esok, pemain berada dalam keadaan terbaik." katanya.
 

Must Watch Video