Berbaki dua peringkat sebelum Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 melabuhkan tirai Jumaat ini, Team Sapura Cycling (TSC) memasang strategi khusus untuk mempertahankan dua jersi utama, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi edisi lalu.
TSC masih lagi gah untuk mempertahankan dua jersi utama, iaitu jersi kuning pendahulu keseluruhan yang dimiliki Danilo Celano, sementara pelumba muda meningkat naik, Nur Aiman Zariff, mempunyai peluang untuk melakar sejarah menjadi pemegang mutlak jersi merah raja bukit sepanjang 25 tahun penganjuran LTdL.
Namun, pengurus pasukan, Mohd Sayuti Zahit, tetap berwaspada, terutama misi untuk mempertahankan kejuaraan, apabila jarak Celano dan pencabar lain sudah berkurang menjadi 26 saat bagi perebutan jersi kuning pendahulu keseluruhan.
Sedikit kelegaan buat Aiman apabila tiada zon pendakian dipertaruhkan untuk peringkat ketujuh esok dan hanya perlu mengerah kudrat di peringkat terakhir di Langkawi Jumaat ini untuk mengesahkan status sebagai raja bukit.
"Kami berjaya mengekalkan kedudukan sehingga peringkat keenam. Saingan peringkat ketujuh tiada zon pendakian dan Aiman perlu melakukan kayuhan cemerlang dalam peringkat terakhir di Langkawi," kata Sayuti.
Turut sama memasang hasrat untuk melakar satu lagi kejayaan adalah pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhd Harrif Salleh, yang mengidamkan untuk menawan satu lagi podium di peringkat ketujuh dari Bagan ke Alor Setar memandangkan laluan sejauh 130.4 km itu memberikan kelebihan buat pakar pecut sepertinya.
Harrif sebelum itu melakar sejarah apabila menawan peringkat kelima LTdL dari Kuala Kubu Bahru ke Ipoh semalam.
"Kami akan melihat keadaan perlumbaan esok dan ia akan menjadi kelebihan buat pakar pecut untuk memburu kemenangan," kata Harrif.
Editor: Ammar Hakim