Kehangatan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 kian terasa dengan lima laluan baru diperkenalkan dalam perlumbaan yang bakal bermula dari 18 hingga 25 Mac depan.
Saingan LTdL 2018 kini bakal berdepan dengan perubahan laluan melibatkan tiga bandar daripada permulaan dan juga penamat.
Pada peringkat pertama, Kuala Ketil yang menjadi bandar penamat dari Kangar ditukar ke Kulim sebelum ke peringkat kelima dari Bentong ke Cameron Highlands yang kekal sebagai tumpuan dengan kayuhan sejauh 169.4 kilometer.
Bermula daripada peringkat kelima sehingga kelapan, laluan telah diubah sepenuhnya menyaksikan pelumba bakal bermula di Rembau untuk menghala ke lokasi penamat tradisi di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bagi melabuhkan tirai saingan.
"Perubahan laluan perlumbaan ini adalah perkara biasa, terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan. Kami memerlukan tempoh satu bulan untuk memberikan kepada pihak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang menentukan peraturan kejohanan," kata Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2018, M. Kumaresan.
Mengulas lanjut mengenai kelancaran penganjuran LTdL, Kumaresan memberikan jaminan perlumbaan edisi ini tidak akan dicemari insiden hadiah wang kemenangan yang tidak dibayar dan ia menjadi faktor pengurangan kepada lapan peringkat dilakukan.
"Saya mengakui sukar untuk menganjurkan kejohanan yang besar sebegini. Kami berharap selepas tamat acara ini, kami akan selesaikan wang hadiah kepada pemenang."
Sementara itu, tiga pasukan pro benua dari Colombia, Poland, dan Amerika Syarikat melengkapkan saingan 22 pasukan.
Tiga pasukan ini bakal diiringi beberapa pasukan dari China, Mitchelton Bike Exchange, Hengxiang Cycling Team dan Giant Cycling Team yang julung kali tampil buat kali pertama di pentas LTdL ini.