Harapan makin menggunung buat olahraga menyumbang pingat selepas Nauraj Singh dan Lee Hup Wei mengesahkan kemaraan ke final lompat tinggi Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.
Dalam sejarah penyertaan Malaysia dalam temasya Sukan Komanwel, ini kali pertama skuad negara memiliki dua wakil di pentas final.
"Tentunya mempunyai rakan sepasukan seperti Hup Wei dan beraksi bersamanya serta Brandon Starc (Australia) dalam final membuatkan saya berasakan kami berhak berada di di situ," kata Nauraj.
Kejayaan itu juga, menurut Nauraj dan Hup Wei, turut bersandarkan kepada elemen persaingan sihat di antara satu sama lain.
"Saya melalui situasi sangat tertekan tetapi lega dapat mengharunginya," tambah Nauraj.
Sebelum menempah tiket ke final, Hup Wei terpaksa mencari prestasi semasa pusingan kelayakan, malah Nauraj juga perlu menjelmakan sesuatu yang luar biasa ketika dua kali di ambang penyingkiran.
"Nauraj tidak memberikan tekanan tetapi memberi galakan buat saya. Kini saya hanya menunggu detik final untuk mengulangi persembahan tadi.
"Untuk aksi tadi, saya memaksa tubuh saya untuk lebih bersedia dan aktif sebelum melakukan persembahan yang diinginkan," ujar Hup Wei.
Berdasarkan klasifikasi kelayakan ke final, hanya 12 kuota diperuntukkan bagi saingan perebutan pingat, namun memandangkan seramai 13 atlet, termasuk Nauraj dan Hup Wei, melepasi ketinggian 2.21m, maka persetujuan dicapai untuk melebarkan senarai final.