Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak menolak kemungkinan akan melangsungkan liga kelab profesional lebih awal daripada jangkaan dengan November depan dilihat detik sesuai untuk memulakan penganjurannya.
Sebelum ini, ragbi Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan Liga Profesional Ragbi Kebangsaan pada 2018 dalam misi meningkatkan lagi prestasi skuad negara di rantau Asia.
Begitupun, hasil maklum balas yang diberikan oleh beberapa kelab amat memberangsangkan dan tidak mustahil penganjurannya boleh dipercepatkan.
Lantaran itu, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya, menjelaskan perkara berkenaan menjadi antara agenda utama mesyuarat jawatankuasa badan induk itu, hari ini.
"Dengan perkembangan kami layak ke Divisyen Perdana, kami berasakan ia perlu dipercepatkan untuk dimulakan penghujung tahun ini.
"Berdasarkan tempoh jendela untuk mendapat pemain-pemain terbaik daripada liga-liga lain adalah di antara November sehingga Mac kerana pada waktu itu, liga-liga lain sedang berehat," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Shahrul Zaman yakin persiapan rapi skuad ragbi tujuh sepasukan lelaki dan wanita negara dapat diterjemahkan dengan aksi mantap dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos nanti.
Sasaran utama sudah pasti memperbaiki pencapaian dua tahun lalu di Singapura.
Ketika itu, skuad lelaki meraih pingat perak manakala pasukan wanita terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat.
"Saya harap di peringkat terakhir ini, adalah penting kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mempertingkatkan kekuatan mental.
"Secara fizikal, mereka berada dalam keadaan baik.
"Dalam kejohanan seumpama ini, yang penting adalah aspek psikologi," katanya lagi.