Skip to main content

Hoki

Liga Hoki Dunia: Van Huizen buat keputusan tepat

vanhuizen.jpg
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, membuat keputusan tepat apabila Malaysia melengkapkan aksi persahabatan dengan rekod tiga kemenangan bersih, sekali gus meningkatkan keyakinan menjelang aksi sulung separuh akhir Liga Hoki Dunia, Sabtu ini.

Malaysia menewaskan Kanada 2-1 dalam aksi persahabatan terakhir awal pagi tadi. 

Ia melengkapkan tiga kemenangan berturut-turut selepas menumbangkan skuad pembangunan England dan Wales dalam aksi terdahulu.

Kemenangan ini penting bagi membakar semangat pemain walaupun pada awalnya, Malaysia dikritik kerana hanya menguji pasukan bertaraf kerdil.

"Kami telah cuba mendapatkan aksi persahabatan dengan pasukan seperti England, Jerman, dan Belgium tetapi mereka memiliki perancangan tersendiri untuk menghadapi
saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia.

"Kami telah cuba yang terbaik dan saya melihat persiapan kami berjalan dengan baik," kata Van Huizen.

The Malaysian Hockey Tigers mempunyai tempoh dua hari lagi untuk menyesuaikan diri dengan Stadium Hoki Lee Valley yang juga venue acaea hoki Sukan Olimpik London 2012.

Malaysia yang berada ranking ke-14 dunia akan menentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Argentina, Sabtu ini.

Turut berada dalam Kumpulan A ialah tuan rumah, England, Korea Selatan dan China.

Advertisement

Must Watch Video