Skip to main content

Hoki

Liga Hoki Dunia: Tengku Ahmad Tajuddin yakin Malaysia ke Piala Dunia

22617tengkuahmadtajuddin.jpg
Penyerang negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, perlu memastikan ketajaman jentera serangan negara berdepan India malam ini selepas Malaysia hanya menjaringkan dua gol padang di peringkat kumpulan.

Malaysia meledak 11 gol sepanjang laluan ke suku akhir dengan sebahagian besar daripadanya menerusi pukulan sudut penalti dan penalti strok .

Hanya dua gol menerusi jaringan padang, sekali gus ia antara aspek yang perlu ditingkatkan untuk berdepan India.

Tengku Ahmad Tajuddin sebagai penyerang senior menyedari hakikat itu dan berharap penggempur negara sekurang-kurangnya mendapatkan pukulan sudut penalti jika kubu India sukar ditembusi.

"Berdasarkan dua perlawanan sebelum ini, kami berjaya menampilkan prestasi yang terbaik daripada segi serangan. Kami berharap dapat mengulangi persembahan itu ketika bertemu India," katanya.

Penjaring terbanyak Malaysia ketika ini ialah Muhammad Razie Abd Rahim dan Faizal Saari, masing-masing telah  mencetak tiga gol.

Apa yang menarik, kem negara kurang tertekan berbanding India yang akan turun sebagai pasukan pilihan.

Malah, moral India sudah pasti terjejas selepas tewas 3-1 di tangan Belanda dalam aksi terakhir Kumpulan B sementara prestasi Malaysia semakin memuncak.

Advertisement

Must Watch Video