Skip to main content

Hoki

Liga Hoki Dunia: Kumar lega pamer watak penting

s-kumar-200617.jpg
Penjaga gol skuad hoki negara, S. Kumar, antara yang perlu diberi pujian selepas banyak menafikan serangan Korea Selatan, terutama tujuh pukulan sudut penalti, ketika Malaysia meraih kemenangan sulung 1-0 dalam separuh akhir Liga Hoki Dunia di London, awal pagi tadi.

Ketangkasannya sekaligus menutup mulut pengkritiknya. 

Kumar, 38, beraksi cemerlang untuk membuktikan dia sudah melupakan aksi buruk dalam dua perlawanan awal apabila dia dibolosi 12 gol.

Paling penting, Kumar menafikan deretan pukulan sudut penalti Jang Jong-hyun bagi mempertahankan kelebihan satu gol Malaysia. 

"Dalam suku terakhir, kami berhempas-pulas mempertahankan kelebihan 1-0 sehingga saat-saat akhir. 

"Kami cuba menanti mereka melakukan kesilapan dan seterusnya melakukan serangan balas.

"Tetapi sehingga minit-minit akhir, mereka terus mengasak dan mendapat pukulan sudut penalti. 

"Justeru, perlawanan ini sangat sukar dan tekanannya sangat hebat," katanya. 

Sementara itu, Jong-hyun, terpaksa akur dengan keampuhan benteng Malaysia dalam menidakkan serangan bertali arus Korea. 

"Malaysia beraksi baik.

"Kami sudah cuba pelbagai cara, namun pertahanan dan penjaga gol mereka sukar ditembusi. 

"Memang kecewa untuk kalah seperti ini, tapi kami masih berpeluang ke suku akhir," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video