Kem hoki negara tetap positif apabila penyerang, Faizal Saari, makin mendapat sentuhan selepas meledak dua gol ketika menentang England tatkala prestasinya diragui di pentas antarabangsa.
Faizal tidak diberi banyak tumpuan dalam kempen separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Lee Valley setakat ini.
Realitinya, dia antara penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia (LHM), namun tidak begitu konsisten apabila beraksi di luar negara.
Dua gol itu penting buat penyerang Terengganu Hockey Team (THT) itu untuk menghadapi perlawanan wajib menang ke atas Korea Selatan.
"Malaysia dan Korea masing-masing ada peluang, siapa yang menggunakan kesempatan akan menang.
"Untuk menaikkan keyakinan, kami perlu fokus dari awal sehingga tamat permainan," katanya.
Faizal dan rakan penyerang, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, muncul penjaring terbanyak Malaysia setakat ini dengan dua gol.
Jika mereka dapat meneruskan momentum, pakar pukulan sudut penalti negara itu dituntut melaksanakan tugas bagi memastikan kemenangan sulung The Malaysian Hockey Tigers.