Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Hoki

Liga Hoki Dunia: England yakin tumbangkan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

england-hoki-170617.jpg
Ketiadaan enam pemain tidak menjejaskan kekuatan England dengan ketua pasukan, Phil Roper, melaungkan amaran untuk menjadikan Malaysia sebagai mangsa kedua mereka dalam aksi separuh akhir Liga Dunia, tengah malam ini. 

Kekuatan England tidak sama berbanding ketika menjuarai Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, bulan lalu. 

Ketika itu, mereka menurunkan pasukan Great Britain. 

Tuan rumah berjaya menumbangkan China, 2-0 dalam aksi sulung mereka dan secara tidak langsung membuktikan ketiadaan enam pemain, termasuk tonggak terbaik dalam final di Ipoh, Alan Forsyth, tidak menjejaskan mereka. 

Ia meningkatkan keyakinan untuk berdepan Malaysia. 

"Tentunya, kami cuba mengeksploitasi pertahanan Malaysia dalam situasi pukulan sudut penalti dan cuba mencari ruang menjaringkan beberapa gol," katanya. 

Pemain pertahanan England, David Goodfield, turut meluahkan keyakinan untuk berdepan The Malaysian Hockey Tigers dengan berkata: "Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh merupakan pertandingan yang baik buat kami.

"Dengan pasukan serba baru pada hari ini dan mendapatkan keputusan sebegini adalah menakjubkan buat kami. Semua pemain berusaha dengan baik dan menuju ke hadapan, ini merupakan detik terkuat kami sebagai sebuah pasukan," katanya.

Pertemuan terakhir menyaksikan Malaysia tewas 1-0 di Ipoh. 

Advertisement

Must Watch Video