Ketua jurulatih hoki negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, melabel skuad wanita lebih kental dan mampu menerima hakikat kempen separuh akhir Liga Dunia di Belgium bakal berlangsung ketika sambutan Hari Raya.
Dhaarma lega sekurang-kurangnya skuad wanita kali ini bebas daripada sebarang drama penarikan diri seperti yang berlaku dalam skuad hoki lelaki dalam Sukan Komanwel Glasgow, Scotland, tiga tahun lalu.
Jika di Glasgow lalu, Dhaarma kehilangan dua pemain utamanya yang terpaksa menarik diri kerana tidak sanggup beraya tanpa keluarga ketika itu.
Kali ini, tiada insiden serupa berlaku dan ia benar-benar melegakan pengendali itu.
"Pemain dalam skuad wanita ini lebih bertolak ansur, tidak menarik diri disebabkan Hari Raya.
"Cuma, pemain wanita dari Sabah dan Sarawak meminta untuk pulang awal," katanya.
Kejohanan separuh akhir Liga Dunia bakal bermula pada 16 Jun depan dan hanya akan pulang seminggu selepas sambutan Aidifitri, Julai depan.
Penjaga gol hoki wanita, Farah Ayuni Yahya, juga memberi reaksi positif dengan pengorbanan yang bakal dilakukan skuadnya kali ini.
Dia mengakui setiap kejayaan menuntut pengorbanan demi memastikan sejarah baru hoki wanita negara terlaksana di Belgium.
"Pertama kali beraya di Scotland sebelum ini, kami tidak boleh terima sebab berjauhan dengan keluarga.
"(Kami rindukan) juadah Hari Raya serta ibu ayah.
"Mungkin untuk kali kedua ini, satu kelebihan kerana kami sudah bersedia dari segi mental.
"Kami tidak memikirkannya dan mungkin kami membawa bersama juadah Hari Raya ke sana," ujarnya.