Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) akhirnya mengumumkan senarai rasmi 18 pemain yang akan mengibarkan cabaran negara dalam separuh akhir Liga Dunia di London, England, yang akan bermula 15 Jun ini.
Sidang media hari ini menyaksikan ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen, menyenaraikan skuad yang hampir sama ketika membawa cabaran dalam Piala Sultan Azlan Shah, April lalu.
Dalam kalangan 23 pemain itu, lima nama digugurkan, iaitu Joel Van Huizen, Rashid Baharom, Ramadan Rosli, Hairi Abdul Rahman danSyed Mohd Syafiq Syed Cholan.
Syed Mohd Syafiq digugurkan dan tempat itu diisi oleh Izzad Hakimi yang sebelum ini mengalami demam denggi, manakala Joel masih dibelenggu kecederaan belakang.
Sementara itu, Rashid, Ramadan serta Hairi pula tidak berjaya memikat hati Van Huizen meskipun menampilkan kesungguhan dalam sesi latihan.
Skuad negara yang diletakkan dalam Kumpulan A akan bersaing dengan pasukan ranking pertama dunia, Argentina, England, Korea Selatan dan China.
Hanya empat pasukan teratas dalam peringkat kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir, sekaligus mencerahkan peluang untuk beraksi dalam Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.
"Ini adalah pasukan terbaik negara buat masa ini berdasarkan sesi latihan, perlawanan dan kemahiran yang dimiliki mereka.
"Mereka yang digugurkan bukannya tidak bagus, prestasi juga hampir menyamai barisan pemain yang dipanggil.
"Namun, pemilihan dibuat berdasarkan apa yang mampu disumbangkan di London nanti," kata Van Huizen.
Dia turut menjelaskan skuad negara akan menjalani tiga perlawanan persahabatan dengan skuad pembangunan Great Britain, Kanada dan Wales sebelum memulakan saingan sebenar.
"Kami akan berlepas pada 7 Jun ini dan akan mengadakan aksi persahabatan dengan skuad pembangunan Great Britain pada 9 Jun.
"Kemudian bertemu Wales (11 Jun) dan Kanada (13 Jun)."
Skuad 18 pemain negara
PENJAGA GOL:
S. Kumar, Hafizuddin Othman
PERTAHANAN:
Najmi Farizal Jazlan, Razie Abd Rahim, Sukri Mutalib (ketua pasukan), Izad Hakimi Jamaluddin, Faiz Helmi Jali
TENGAH:
Muhammad Azri Hassan, Nabil Fiqri Mohd Noor, Marhan Jalil, Fitri Saari, Meor Azuan Hasan
PENYERANG:
Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Haziq Samsul, Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajuddin, Firhan Ashari, Faizal Saari