Liberty Media mengumumkan iatelah melengkapkan proses mengambil alih sepenuhnya Formula Satu (F1) yang bernilai USD8 bilion (RM35.4b) sambil mengesahkan era Bernie Ecclestone dalam sukan itu sudah berakhir.
Pemimpin tertinggi itu menerajui F1 selama hampir 40 tahun, dengan majalah Jerman, Auto Motor Und Sport, memetik bahawa Ecclestone telah digulingkan sebagai ketua pegawai eksekutif.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Liberty Media -- syarikat yang bersetuju untuk mengambil alih F1, September lalu -- mengesahkan Chase Carey sebagai ketua pegawai eksekutif yang baru, dengan Ecclestone memegang peranan selaku pengerusi emiritus.
Kenyataan itu secara jelas mengumumkan Ecclestone, 86, akan bertindak sebagai penasihat kepada ahli lembaga pengarah F1.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Liberty Media, Greg Maffei, berkata: "Kami berbesar hati telah menyempurnakan pengambilalihan F1 dan Chase Carey akan menerajui perniagaan ini sebagai ketua pegawai eksekutif.
"Sukan ini boleh dikembangkan lagi dan kami sangat yakin Chase, yang memiliki keupayaan dan pengalaman, adalah calon tepat.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bernie Eccleston, yang dilantik sebagai pengerusi emiritus untuk menerajui sukan global ini."
Carey, yang sudahpun menerima perlantikannya, berkata: "Saya teruja untuk berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif F1 yang memiliki potensi besar dengan peluang yang terbentang luas.
"Saya gembira menerima pandangan daripada peminat, pasukan, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), penganjur dan penaja. Kami akan bekerjasama untuk menambah pengalaman perlumbaan dan menambah dimensi baru dalam sukan ini dan kami berhajat untuk mengembangkannya."
Sementara itu, Ecclestone berkata: "Saya bangga dengan perniagaan yang saya bina sejak lebih 40 tahun lalu serta pencapaian saya dalam Formula Satu, dan saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada penganjur, pasukan, penaja dan juga syarikat televisyen.
"Saya sangat berbesar hati perniagaan ini telah diambil alih oleh Liberty dan hasrat mereka untuk melabur dalam F1 pada masa akang datang. Saya yakin perlantikan Chase akan membawa kebaikan kepada sukan ini."