Liga Hoki Malaysia (LHM) 2019 berlalu tanpa perubahan drastik yang meletakkan tekanan lebih banyak digalas tujuh pasukan yang bertanding, sama ada dalam aspek promosi, venue atau membawa jenama Malaysia ke pentas dunia.
LHM 2019 hanya satu kejohanan yang sama seperti edisi terdahulu.
Bermula dengan kelewatan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menetapkan tarikh kejohanan selain senarai pasukan yang bertanding sehingga membabitkan masalah venue -- ia satu ramuan pemasaran yang tidak cukup untuk menarik penonton ke stadium.
Hanya UniKL, Terengganu Hockey Team (THT) dan TNB yang mampu menarik ratusan penonton ke stadium secara konsisten setiap kali beraksi.
Pasukan lain belum memiliki pengikut tegar dan jumlah itu mungkin hilang sekiranya KHM tidak campur tangan.
Kelewatan KHM menetapkan tarikh LHM juga memberi kesan terhadap pasukan.
UniKL contohnya tidak dapat menggunakan khidmat empat pemain import yang terdiri daripada penjaga gol, David Harte, pemain tengah, Robbert Kemperman, serta penyerang, Velantine Verga dan Martijn Havenga, yang terikat dengan jadual Liga Hoki Eropah, sekali gus menjadi punca mereka gagal mempertahankan Piala TNB ekoran kekalahan 1-2 kepada THT dalam aksi final semalam.
"Mungkin KHM sudah boleh mula merangka kempen liga tahun depan agar setiap pasukan boleh membuat perancangan.
"Hanya tujuh pasukan yang menyumbang dalam LHM musim ini.
"Andai kata pasukan seperti UniKL dan Sapura sudah menarik diri, maka tiada lagi (aksi) hoki di Malaysia.
"Oleh itu, KHM sila bantu kelab tempatan dan maklumkan tarikh tutup dengan lebih awal (pendaftaran pasukan dan pemain).
"KHM haruslah mencontohi langkah Persekutuan Hoki Eropah (EHF) yang bertegas terhadap sekatan larangan tempoh beraksi bagi pemain yang terbabit dengan saingan Eropah," kata jurulatih UniKL, Arul Selvaraj.
Begitupun, LHM masih menawarkan aspek positif menerusi kebangkitan pemain muda TNB.
Antaranya, Mohd Akhimullah Anuar Esook, Shello Silverius dan Mohd Amirul Hamizan Azahar yang sudah bersedia menyertai pasukan kebangsaan.
Secara keseluruhan, LHM 2019 sepatutnya membuka mata KHM bahawa nasib liga tempatan kini bergantung kepada tujuh kelab.
Sekiranya ada pasukan yang menarik diri, adakah LHM akan tetap diteruskan tahun depan?