UniKL 5 MAYBANK 1
Kejayaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) merampas takhta Liga Hoki Malaysia (LHM) hasil kemenangan 5-1 ke atas Maybank direncatkan dengan berita jurulatih, Arul Selvaraj, yang diminta menghadap Lembaga Disiplin Konfederasi Hoki Malaysia, 9 Februari ini.
Kemenangan di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi itu meletakkan UniKL di landasan tepat untuk menjuarai LHM buat kali pertama dalam sejarah.
Gol pemain tengah, Muhammad Marhan Abd Jalil, selain Martijn Peter Havenga (dua gol), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan Robert Kemperman menyaksikan UniKL mengumpul 16 mata, berkelebihan satu mata berbanding pencabar terdekat, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Gol Maybank pula disumbangkan Hafifihafiz Hanafi.
Bagaimanapun, kejayaan itu disambut berita bahawa Arul perlu menghadap Lembaga Disiplin KHM kerana mengkritik penganjuran LHM.
"Saya hanya boleh meminta maaf di atas komen yang diluahkan.
"Saya akan menghormati arahan untuk menghadiri sesi menghadap Lembahan Disiplin KHM itu sambil berharap tidak dikenakan tindakan," kata Arul.
Namun, ia tidak menghalang pemain UniKL untuk meraikan kemenangan itu, terutama Havenga yang sudah mengumpul empat gol.
"Kami mengubah percaturan untuk mengelirukan penjaga gol lawan untuk mengagak siapakah yang akan membuat percubaan.
"Oleh kerana Radzi Rahim tidak dapat beraksi hari ini, maka saya menggalas tanggungjawab itu," kata Havenga.
Ulas jurulatih Maybank, Azrul Affendy Bistaman: "UniKL sebuah pasukan mantap dan tidak boleh disangkal lagi. Barisan pemain saya telah berikan aksi yang hebat hari ini."