Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Hungary selepas perjudian strategik daripada Mercedes dan menyaksikan juara Formula Satu (F1) itu berpendapat ia akan membanggakan Niki Lauda.
Max Verstappen dan Hamilton turun ke litar dengan menggunakan tayar keras dalam perlumbaan yang hanya memiliki satu perhentian di Hungaroring tetapi Mercedes memanggil pendahulu kejuaraan itu untuk masuk ke pit buat kali kedua pada penghujung pusingan ke 49 daripada 70.
Pemandu Red Bull, Verstappen, meneruskan perlumbaan dan mendahului saingan dengan kelebihan 19 saat sebelum mengalami masalah tayar pada empat pusingan terakhir.
Hamilton berasakan kemenangan itu semestinya dikagumi oleh bekas pengerusi bukan eksekutif Mercedes dan juara dunia tiga kali F1, Lauda, yang meninggal dunia Februari lalu.
"Saya berasa sangat penat tetapi sangat gembira kerana pasukan telah membantu saya untuk meneruskan perlumbaan dan mempercayai kemampuan saya. Kami telah bersama selama tujuh tahun tetapi setiap kemenangan berasa seperti sesuatu yang baru," kata Hamilton.
"Kami mengalami masalah brek sepanjang minggu dan ia membimbangkan saya. Tetapi kami melakukan beberapa pertukaran hingga terpaksa ketinggalan dalam perlumbaan tetapi saya berusaha untuk mengejar saingan.
"Pada mulanya, saya tidak pasti dapat mengejar kelebihan 19 saat Verstappen. Saya hanya fokus menamatkan pusingan demi pusingan. Saya mengetahui jika Lauda masih bersama kami, dia akan berbangga dengan kemenangan ini."
Verstappen kecewa kerana tidak melakukan strategi yang sama dengan Hamilton tetapi cuba mengambil positif selepas berjaya menamatkan perlumbaan di podium kali ini.
"Kami tidak cukup pantas tetapi telah berusaha dengan sebaik mungkin," katanya.
"Malangnya, ia tidak mencukupi. Bagaimanapun, Red Bull telah mengharungi minggu yang cemerlang.
"Tahniah kepada Hamilton kerana memenangi perlumbaan ini dan dia telah memaksa saya hingga tamat pusingan terakhir.
"Kami cuba menghadapi perlumbaan ini dengan satu perhentian dan Mercedes menggunakan dua dan percaturan itu berhasil buat mereka."