Larian Kembara Alam Semula Jadi Kokol sekali lagi bakal diadakan pada 23 September depan dengan 300 perserta dijangka menyertainya.
Larian edisi ketiga itu bakal mempertandingkan empat kategori, iaitu masing-masing larian sejauh 17 kilometer (km) bagi kategori terbuka lelaki dan wanita (umur 18 hingga 35 tahun) serta larian sejauh 15km bagi ketagori veteran lelaki dan wanita (umur 40 ke atas).
Kejohanan yang dianjurkan bersama oleh Casero Events dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Inanam itu turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM9,000.
"Sejak larian ini dianjurkan pada 2014, objektif utama kita ialah untuk mempromosikan kawasan Kokol sebagai salah satu tempat pelancongan di Kota Kinabalu di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung di situ.
"Pada tahun ini, kami sangat gembira kerana Unit PPM Inanam sudi bekerjasama dengan kami dan diharapkan penganjuran kali ini akan memberi impak lebih besar kepada Kokol untuk terus menjadi destinasi pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara," kata Pengarah Urusan Casero Events, Steve Johnny Mositun, di Kota Kinabalu, semalam.
Beliau berkata penyertaan pada tahun ini terhad kepada 300 peserta sahaja dengan yuran adalah sebanyak RM120 bagi kategori terbuka lelaki dan wanita manakala RM110 bagi kategori lelaki dan wanita veteran.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Ogos depan dan sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejohanan itu boleh menghubungi Helena di nombor 017-8017075 dan Roger di nombor 019-5326399 atau melayari laman Facebook di www.facebook.com/caserosabah.