Sempena Bulan Kesedaran Orang Pekak ketika ini, acara Larian Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) 2025 yang buat julung kalinya hari ini dianjurkan berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 1000 peserta.
Selain menjadi simbol pengiktirafan BIM sebagai bahasa isyarat rasmi negara, larian 5km anjuran Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) ini membawa misi mengutip dana pembangunan pendidikan, sumber serta latihan bahasa isyarat di seluruh negara.
"Bahasa ini juga digunakan oleh keluarga orang pekak, kita lebih mudah berkomunikasi.
"Ini salah satu cara untuk kita meruntuhkan cabaran komunikasi," kata Presiden MFD, Norhisham Aluwi.
Hari bersejarah buat komuniti pekak di Malaysia, rata-rata peserta larian gembira dengan usaha menggalakkan sentimen kesamarataan buat semua golongan individu kurang upaya dalam acara sukan.
Lari sambil berpimpin tangan antara momen yang menyentuh hati.
Kekurangan bukan penghalang buat rakan karib, Sideek Shahulhamid dan Soon Kok Kai, masing-masing merupakan orang kurang upaya (OKU) daripada pendengaran serta penglihatan turut sama memeriahkan acara.
"Saya kena buat isyarat kepadanya melalui sentuhan.
"Kami sudah berlatih selama empat tahun. Kami sama-sama menyokong OKU serta amat seronok dan baik untuk memahami bahasa isyarat," kata peserta, Muhammad Syukry.
Dapatkan Sekarang

Stamina Kekal Kuat
Dengan sokongan supplement, tubuh lebih bersedia hadapi cabaran besar di hadapan.
Dapatkan Sekarang