Skip to main content

Sukan Lain

Larian amal SMSM 20 Ogos depan

22617smsm.jpg
Sekolah Menengah St Michael (SMSM), Penampang dan bekas pelajar 'Kelas 99' dengan kerjasama MS Sports & Event Management bakal menganjurkan Larian Amal SMSM 2017 pada 20 Ogos depan.

Larian yang akan bermula di Kompleks Sukan Penampang itu adalah sejauh tujuh kilometer (km) merentasi pekan Donggongon di daerah berkenaan dan penyertaan dibuka kepada semua penggemar sukan larian.

Setiap RM25 daripada yuran penyertaan peserta akan disumbangkan kepada tabung sekolah berkenaan dan peserta yang telah mendaftar akan disediakan baju-t, medal menamatkan larian, bip larian serta sijil penyertaan.

Pengerusi penganjur, Chua Wan Kiong @ Issac, dalam satu kenyataan berkata larian berkenaan adalah bagi membantu SMSM Penampang mengumpul dana bagi membeli van mini 'Coaster' untuk kegunaan sekolah berkenaan.

Katanya, ia juga satu peluang bagi bekas pelajar sekolah itu untuk tampil membantu sekolah lama mereka.

Sementara itu, Pengetua SMSM Penampang, Jennifer Asing, berterima kasih kepada bekas pelajar sekolah berkenaan yang sudi menganjurkan program itu.

Dia juga menjemput orang ramai menyertai larian berkenaan, terutama bekas pelajar sekolah itu.

Mereka yang berminat untuk menyertai larian berkenaan boleh mendaftar secara atas talian dengan mendapatkan maklumat lanjut daripada Johanna di nombor 011-2984 3056, Josephine (014-375 3879), Yun (014-358 1316) dan Marc (019-530 2689) atau mengunjungi laman Facebook MS Sports & Event Management. 

Tarikh tutup penyertaan adalah 20 Julai 2017.

Advertisement

Must Watch Video