Lapang Sasar Subang terpaksa dikunci selepas berlaku insiden bunuh diri, namun penembak negara, Johnathan Wong, berkata ia tidak menjejaskan sesi latihan yang kini berpusat di Bukit Jalil menjelang Kejohanan Asia Tenggara di Taiwan, bulan depan.
Pihak polis terpaksa menutup Lapang Sasar Subang sejak dua minggu lalu sebagai langkah keselamatan ekoran insiden yang berlaku, sambil sebanyak 450 senjata dan lebih 100,000 peluru turut dirampas.
Bagaimanapun, situasi itu tidak menjejaskan penembak negara kerana mereka sudah berpindah ke Bukit Jalil sejak tahun lalu dan pendapat Johnathan turut disokong rakan sepasukan, Eddy Chew dan Nur Suryani Mohamed Taibi.
"Sebenarnya ia tidak mengganggu sesi latihan kerana kami memiliki kemudahan yang disediakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), jadi kami tidak terkena tempias ekoran insiden di Subang," kata Johnathan.
"Bagi saya, langkah itu penting untuk keselamatan semua orang. Latihan tetap diteruskan dan jika dipanggil ke pertandingan, baru saya akan melibatkan diri," tambah Eddy.
"Untuk saingan di Taiwan, saya sendiri tidak pasti sama ada kami akan dihantar atau tidak. Ia masih dalam perbincangan," ujar Suryani.
Ketika ini, penembak negara diminta menanggung sendiri kos penyertaan untuk ke kejohanan luar negara, sekaligus memiliki peluang tipis untuk memberi cabaran sebenar di Taiwan.