Skip to main content

Tenis

Kyrgios harap sempat pulih menjelang Terbuka Australia

kyrgios-battling-to-be-fit-for-australian-open.jpg

Pemain berdarah kacukan Australia-Malaysia, Nick Kyrgios, berharap kecederaan lutut berpanjangan yang dialaminya akan surut selepas berehat selama beberapa hari tatkala saingan Terbuka Australia semakin menghampiri.

Meskipun menempuh prestasi tidak konsisten, Kyrgios, yang kekal antara atlet yang menjadi buah mulut dalam Jelajah ATP dan pihak penganjur bagi kejohanan grand slam pertama tahun 2017 itu  berharap pemain tuan rumah mereka itu dapat beraksi.

Saingan grand slam di Melbourne itu bakal menjadi kejohanan pertama buat pemain berusia 21 tahun itu selepas digantung lapan minggu susulan 'enggan bermain bersungguh-sungguh' di Masters Shanghai, Oktober lalu.

Bagaimanapun, timbul persoalan mengenai keadaan tubuh badannya yang kerap kali dihimpit kecederaan sehingga mengganggu aksinya dalam Piala Hopman di mana dia turut terpaksa menjalani ujian MRI bagi mengenal pasti tahap kecederaan tersebut.

"Ia bukan seteruk disangkakan tetapi ia bukan berita yang baik," katanya. "Saya cuma perlu masa untuk berehat selama dua hari dan selepas itu segalanya akan kembali normal.

"Saya bukan jenis pemain yang perlu beraksi kerap menjelang kejohanan grand slam. 

"Saya ada masa empat hari untuk pulang ke rumah, berjumpa dengan fisio, jalani pemeriksaan dan berehat."

Terbuka Australia bakal membuka tirai 16 Januari ini.

Advertisement

Must Watch Video