Skip to main content

Tenis

Kyrgios alami kecederaan di Aegon

nickkyrgios-cropped_bjf5bsinqfdc1uexmwxrrvibw.jpg
Nick Kyrgios terpaksa bersara awal dalam aksi pembukaan Kejohanan Aegon di Queen selepas mengalami kecederaan paha, sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap kemampuannya untuk beraksi di Wimbledon, bulan depan.

Kyrgios tergelincir ketika berada di garisan belakang dalam perlawanan kelima set pertama berdepan Donald Young, sebelum terjatuh.

Wakil Australia itu -- yang juga pilihan kesembilan -- meneruskan aksinya namun bersara ketika memasuki set kedua.

"Saya mendapat suntikan dua minggu lalu sebelum menjalani proses pemulihan, namun selepas terjatuh tadi saya mengalami kesakitan," ujar Kyrgios.

"Saya merasai kembali kesakitan dialami hampir sebulan yang lalu. Ini bukan saat yang baik untuk saya."

Sementara itu, Jo-Wilfried Tsonga mudah mengatasi rakan senegara, Adrian Mannarino, 6-2, 6-2 dalam tempoh 66 minit.

Ia sedikit-sebanyak mengubati kekecewaan dalam Terbuka Perancis apabila dia tersingkir dalam pusingan pertama, bulan lalu.

"Kemenangan ini amat penting," ujar Tsonga.

"Bukan mudah untuk beraksi di atas gelanggang tanah liat sebelum ini. Berjaya ke pusingan kedua di Queen adalah satu kelegaan."

 

Advertisement

Must Watch Video