Skip to main content

Hoki

Kumar: Pemain Malaysia perlu bermain di luar negara

s-kumar-280617.jpg
Penjaga gol skuad hoki lelaki negara, S. Kumar, mengakui pasukan kebangsaan masih kekurangan daripada aspek teknikal jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan utama dunia yang lain.

Baginya, pemain-pemain di Malaysia memerlukan lebih pendedahan, terutama apabila dua kejohanan utama bakal menanti skuad hoki negara, iaitu Piala Dunia dan Piala Asia.

Tanpa berselindung, Kumar mengakui dia meraih banyak pengalaman serta ilmu yang amat berguna ketika beraksi dalam Liga Hoki India pada tahun 2013 bersama pasukan Uttar Pradesh Wizards.

“Pemain-pemain perlu dihantar bermain di luar negara, bukan hanya kerana dapat meningkat dari segi teknikal, malah jua disiplin.

“Contoh terdekat adalah Belgium dan Ireland yang kini sudah jauh di hadapan selepas 10 hingga 12 pemain mereka bermain di luar negara,” katanya.

Persembahan cemerlang menyaksikan dia dipilih sebagai penjaga gol terbaik dalam saingan Liga Hoki Dunia Separuh Akhir di London.

Kejayaan itu membolehkan Kumar menerima insentif sebanyak RM1,000 daripada Persatuan Hoki Negeri Sembilan dan pemain berusia 38 tahun itu jelas gembira dengan penghargaan tersebut. 

“Dua tahun terakhir ini adalah tahun yang sukar bagi saya, terutama apabila kehilangan anak lelaki dan juga perlu menghadapi Pusingan Ketiga Liga Hoki Dunia.

"Penghargaan ini membuatkan saya amat berbesar hati,” ujarnya.

Selain Kumar, seorang lagi pemain hoki yang menerima penghargaan itu adalah Marhan Abdul Jalil. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video