Bandaraya Kuching telah dipilih untuk menjadi tuan rumah dua acara sukan dunia pada tahun 2019, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Mengumumkannya dalam majlis khas di Kuching, Abdul Karim berkata Kejohanan Olahraga Masters Asia akan dilangsungkan dari 2 hingga 6 Disember depan di Stadium Sarawak.
Kejohanan Renang Para Dunia pula akan berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos.
Abdul Karim berkata penganjuran ini satu berita baik untuk Sarawak kerana ia turut membantu negeri ini dalam mempromosikan pelancongan sukan.
"Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan memberi bantuan dan sokongan penuh, termasuk daripada segi penganjuran dan bantuan kewangan," katanya.
Katanya, Kejohanan Olahraga Masters Asia akan menyaksikan penyertaan atlet berusia 35 tahun ke atas dan dijangka menarik 3,500 peserta dari 30 negara.
"Dalam Kejohanan Renang Paralimpik Dunia, dianggarkan 800 atlet yang ditemani 400 pegawai dari 80 negara dijangka berkampung di sini.
"Saya berharap penganjuran ini akan menjulang nama Sarawak di mata dunia, sekali gus memberi motivasi kepada atlet tempatan untuk turut berjaya di peringkat dunia.
"Ini kerana mereka berpeluang menyaksikan kehebatan atlet luar di halaman sendiri," jelasnya.
Tegasnya, pengumuman awal penganjuran sukan ini bertujuan bagi mempermudah aktiviti promosi dan penajaan.
Sarawak sebelum ini melabur lebih RM400 juta untuk membina infrastruktur sukan bertaraf dunia sebelum menjadi tuan rumah Sukan Malaysia 2016.