Dalam usaha menganjakkan ragbi ke arah profesional, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) akan memansuhkan klausa perpindahan pemain dalam saingan Piala Agong 2017 yang dijadualkan berlangsung dari 29 Julai hingga 26 Ogos depan.
Klausa pemansuhan perpindahan pemain itu telah dilaksanakan terlebih dahulu ketika saingan Liga Ragbi Malaysia, Februari lalu.
Langkah itu dilihat sebagai satu langkah tepat dalam mengubah struktur liga ragbi tempatan ke arah profesional kerana ia bakal menggalakkan setiap persatuan negeri merancakkan program pembangunan di tempat masing-masing serta tidak mengharapkan pemain yang menabur bakti dari luar semata-mata.
Pengarah Kejohanan Piala Agong 2017, Fahmy Jalil, menjelaskan bahawa pemansuhan itu tertakluk kepada pemain warganegara Malaysia sahaja.
"Saya hapuskan TP1 (Transfer Player 1), iaitu borang yang perlu diisi oleh sesebuah pasukan sekiranya ingin mendapatkan khidmat pemain daripada pasukan lain.
"Bagi saya, borang itu sudah lapuk dan tidak lagi diperlukan," katanya.
Dalam masa sama, langkah itu turut menerima sambutan positif daripada beberapa individu, termasuk Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Perak, Shamsul Munir Zaini, serta jurulatih skuad Johor, Hamrizal Hamdan.
Untuk edisi tahun lalu, Perak dinobatkan selaku juara selepas menumpaskan Johor di pentas akhir, namun pada tahun ini, ia hanya akan disertai 11 pasukan selepas Selangor dan Kuala Lumpur menarik diri.
"Semua kesatuan negeri perlu akur dengan keputusan itu dan Alhamdulillah setakat ini persediaan kami berjalan lancar," ujar Shamsul.
"Format yang diperkenalkan pada tahun ini adalah pembaharuan yang bagus walaupun pada awalnya sukar diterima," kata Hamrizal pula.