Krisis dalaman membabitkan juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin, dengan pasukanya Aprilia nampaknya semakin meruncing dengan kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan antara satu sama lain.
Terbaharu, Aprilia menegaskan bahawa mereka akan melakukan apa sahaja walaupun terpaksa berdepan dengan Martin di mahkamah untuk mempertahankan pendirian mereka.
Malah, beberapa hari lalu pihak Dorna selaku pemegang hak eksklusif penganjuran MotoGP turut memberi reaksi yang tidak menyenangkan apabila mahukan kedua-dua pihak itu segera menyelesaikan konflik yang berlaku.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Carmelo Ezpeleta, Martin perlu segera mengadakan perbincangan dengan pasukan Aprilia sekiranya masih mahu beraksi dalam saingan MotoGP.
Ini kerana kontraknya bersama Aprilia masih lagi berjalan sehingga tamat perlumbaan musim 2026.
Justeru keinginan Martin sebelum ini yang menyatakan bahawa dia akan keluar daripada pasukan tersebut sebaik berakhir musim 2025 adalah bertentangan dengan kontrak yang telah ditandatangani.
"Menurut Aprilia, Martin masih tidak bebas untuk keluar daripada pasukan itu sementara ejen Martin pula menyatakan sebaliknya. Bagi kami (Dorna) kedua-dua mereka perlu mengadakan perbincangan untuk mencari kata sepakat.
"Kedudukan Aprilia tidak berubah dalam kes ini kerana bagi kami pelumba yang mempunyai kontrak selama dua tahun tidak seharusnya bebas untuk menyertai pasukan lain. Jadi, jelas Martin tidak boleh sesuka hati menyertai pasukan lain dan kami akan bertindak dengan apa cara untuk mempertahankan kekdudukan pasukan itu."Jelas Ezpleta.
Semalam Aprilia telah mengeluarkan kenyataan tegas terhadap Martin bahawa mereka akan mempertahankan hak mereka dalam kes ini.
Malah, Aprilia juga memberikan kata dua kepada Martin samada duduk berbincang atau bakal berhadapn dengan tindakan undang-undang di mahkamah akibat pelanggaran kontrak yang telah dipersetujui.