Kekurangan kejohanan akibat penularan wabak koronavirus meresahkan barisan pemanah negara di bawah bimbingan jurulatih Lee Jae-hyung untuk pemburuan slot Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berakhir Jun ini.
Kejohanan Memanah Piala Dunia Ketiga di Berlin, Jerman bakal menjadi pentas terakhir kelayakan Sukan Olimpik bagi acara memanah yang akan berlangsung 21 hingga 28 Jun ini.
Dengan slot individu lelaki diisi pemanah senior, Khairul Anuar Mohamad, perjuangan kini diteruskan trio lelaki dan kem recurve wanita yang masih mengintai baki tiket ke Tokyo 2020.
Pemanah negara, Zarif Syahir, yakin dengan bimbingan jurulatih Jae-hyung yang berada dalam skuad negara sejak 2001 mampu membawa mereka ke pentas berprestij itu.
"Saya yakin kerana diberikan sokongan oleh jurulatih sepanjang latihan dan mampu menghadirkan keputusan yang positif dalam kejohanan nanti," kata Zarif.
"Persiapan kami berjalan lancar. Persiapan pasukan di tahap terbaik," kata pemanah recurve negara, Muhammad Akmal Nor Hasrin.
Bagaimanapun, kekurangan kejohanan akibat penularan wabak covid-19 menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemanah dalam misi memburu slot terakhir ke Tokyo.
"Agak risau. Dalam setiap pertandingan, ia merupakan peluang untuk kami melihat peningkatan dan mampu dijadikan penanda aras untuk mempamerkan persembahan yang lebih baik," kata Zarif.