Kontrak ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley, sah dilanjutkan selama dua tahun yang akan bermula pada Januari tahun depan.
Tiada lagi persoalan mengenai kontrak Beasley apabila Pengarah Program Podium, Tim Newenham, berpuas hati dengan tugas yang telah dilaksanakan jurulatih itu.
Kedudukan Beasley pada mulanya menjadi tanda tanya apabila kontraknya bakal berakhir pada 31 Disember tahun ini, apatah lagi dia turut mendapat tawaran lumayan dari luar negara.
Ternyata, komitmen pengendali kelahiran Australia itu yang ingin kekal melatih skuad negara dapat diteruskan selepas 11 tahun menabur jasa kepada beberapa pelumba sensasi negara seperti Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapha.
"Suka untuk memberitahu dia telah melakukan tugas dengan hebat. Dia bekerja dengan Program Podium dengan sangat baik. Kami mahu meneruskan kontraknya.
"Perkara yang paling kami suka bukan hanya mengenai kejayaan di peringkat dunia seperti yang kita lihat dan juga dalam Sukan SEA, tetapi hakikatnya kejayaan daripada seluruh skuad yang dikendalikan Beasley.
"Dia menguasai sains sukan dan Program Podium. Sememangnya kami mahu meneruskan kontraknya," kata Newenham.
Berhubung keinginan Beasley yang turut mengharapkan khidmatnya terus diperlukan sehingga Sukan Olimpik Tokyo 2020, Newenham tidak menolak ia mampu ditunaikan selain perlu menilai pencapaian positif pelumba negara dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel pada tahun depan.
"Dalam Sukan Komanwel yang melibatkan 77 negara, ia tahap yang tinggi, dan juga Sukan Asia. Tetapi jika ke Sukan Olimpik di mana ia sasaran utama kami, ia melibatkan 216 negara seperti temasya lalu.
"Ia adalah langkah yang besar. Jadi, kami sangat memerlukan Beasley, pasukannya, dan semua ahli sains sukan, pengurus pasukan dan semua akan bekerjasama untuk cuba mendapatkan persembahan yang sebenar melalui Sukan Komanwel, Sukan Asia dan sudah tentu Sukan Olimpik 2020," tambahnya.