Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur bakal dinaik taraf seiring dengan aspirasi peribadi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang dinyatakan dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama warga sukan di Majlis Sukan Malaysia (MSN), hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan skop pembangunan sukan di Kompleks Sukan Kampung Pandan.
Kawasan yang akan terlibat dengan usaha pembangunan itu membabitkan balapan yang akan digunakan untuk membina bangunan yang dilengkapi dengan trek tertutup serta padang sintetik.
"Kami sedang menerima cadangan daripada pihak-pihak yang berminat membangunkan kawasan tersebut.
"Sebaik proses dimuktamadkan, maka kami akan membuat penentuan syarikat manakah yang akan membangunkan kemudahan tersebut," katanya.
Khairy turut melihat idea tabung persaraan membabitkan atlet selepas bersara sebagai idea yang bernas, namun masih belum menentukan cara caruman yang berkemungkinan mirip kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Atlet meminta skim caruman dapat diwujudkan. Mungkin modelnya seperti KWSP, di mana sebahagian caruman itu dibuat oleh atlet dan sebahagian lagi daripada pihak kerajaan ataupun persatuan."
Seramai 1000 peserta menghadiri dialog TN50 bersama warga sukan selain 63 aspirasi telah diketengahkan daripada pelbagai pihak dalam industri sukan.