Skip to main content

Sukan Lain

Kombinasi pemain senior dan muda nampakkan hasil -- Khairul

khairul-effendy.jpg

Tonggak futsal negara, Khairul Effendy Bahrin, menganggap kombinasi pemain berpengalaman serta muka baharu semakin serasi dalam persiapan untuk menghadapi Kejohanan Futsal AFF di Bangkok.

Pemain-pemain muda menjadi taruhan pengendali skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, dengan tujuh muka baharu tersenarai dalam kem fasa akhir bermula Disember lalu.

Daripada tujuh pemain itu, hanya Muhammad Amirul Sugito digugurkan, dengan 14 pemain bakal membawa cabaran negara di Bangkok nanti.

Menurut Khairul, percaturan Chun Yong untuk menggabungkan pemain lama dan baharu dilihat sebagai langkah yang lebih berkesan buat pasukan.

"Sebelum ini, pasukan ini terdiri daripada pemain-pemain lama, jadi jurulatih membawa masuk pemain muda kerana mereka lebih agresif dan tidak pernah mengaku kalah," jelasnya.

Khairul, yang mewakili pasukan Selangor, mengakui persiapan skuad negara kali ini amat sederhana berikutan ketiadaan saingan liga domestik sepanjang 2016.

Namun, pemain berusia 29 tahun ini enggan melihat perkara itu sebagai halangan untuk mengibarkan cabaran Malaysia dengan separuh akhir menjadi sasaran utama dalam Kejohanan AFF.

"Memang ada memberi kesan tetapi kami tidak boleh jadikan ketiadaan liga itu sebagai alasan untuk tidak memberikan aksi baik di Bangkok.

"Insya-Allah, jika kami bermain mengikut arahan jurulatih, kami mampu mencapai sasaran yang ditetapkan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video