Bahang kehangatan larian marathon terbesar Malaysia kian dirasai dan kini berbaki dua hari lagi menjelang Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025.
Pelari marathon profesional negara, Haziq Hamzah, menyambut baik 'trend' acara larian yang kini semakin meraih terutamanya menerusi penglibatan pelari Generasi Z (Gen Z). ataupun lebih dikenali sebagai pelari 'kalcer'.
Meskipun ada suara sumbang daripada komuniti larian yang beranggapan kehadiran pelari Gen Z itu sebagai satu fenomena yang tidak akan berkekalan lama, namun dia percaya, amalan gaya hidup sihat seperti ini tetap perlu diangkat tanpa perlu menilai latar belakang setiap peserta.
"Ia sangat bersesuaian dipanggil 'culture' (kalcer), kerana rakyat Malaysia sekarang ini mula menceburi budaya ini.
"Saya tidak menentang perkara ini.
"Sekadar memberi nasihat untuk mengetahui perkara yang perlu sebelum mulakan larian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainuddin.
Sementara itu, pelari Asics Malaysia, Michelle Chua, menilai kejayaan mereka yang sememangnya diketahui umum sering mendominasi podium kejohanan terutamanya kategori 10 kilometer (km) adalah hasil keberkesanan daripada penggunaan kasut jenama tersebut.
Dengan teknologi 'carbon plate' yang mampu meningkatkan kelajuan si pemakai, Asics terus menjadi pilihan ramai pelari untuk memastikan misi podium dapat menjadi kenyataan.
"Asics memiliki kasut yang sangat berkualiti.
"Banyak teknologi yang ditawarkan.
"Penggiliran jenis kasut juga sangat perlu," katanya.