Selangor bakal berkunjung ke Cheras malam ini bagi membuat perhitungan dalam aksi Derby Lembah Klang minggu ke-21 Liga Super 2025/26 berdepan Kuala Lumpur City.
Selangor, yang ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam carta kedudukan Liga Super semestinya tidak mahu keciciran mata untuk menamatkan saingan liga di kelompok dua terbaik.
Mampukah The Red Giants mencipta kemenangan ke atas KL City malam ini atau perkara sebaliknya berlaku?