Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mencatat sejarah apabila memperkenalkan format play-off membabitkan 10 pasukan yang berminat menyertai Liga Hoki Remaja Malaysia bulan depan.
Pengurus Pertandingan KHM, Brian Fernandez, menegaskan tindakan itu bagi menjamin kualiti.
KHM kekal dengan pendirian bahawa Liga Hoki Remaja hanya akan membabitkan 14 penyertaan dan setakat ini, sebanyak 19 pasukan memohon untuk menyertai saingan yang bakal bermula 21 Jun depan dengan 10 daripadanya perlu melalui play-off untuk mengesahkan penyertaan.
"Kami mahu mengekalkan kualiti liga remaja, sebab itu hanya ada satu divisyen. Pasukan yang beraksi dalam play-off, undian akan ditentukan selepas mesyuarat pengurus pasukan pada 25 Mei ini," kata Fernandez.
KHM mempunyai alasan untuk mengehadkan jumlah pasukan bertanding selepas 30 skuad menyertai Liga Hoki Remaja musim lalu dan bagi lima pasukan yang tewas dalam aksi play-off, ini komen Brian: "Kemungkinan ada tempat dalam liga negeri. Mungkin kami akan buat satu kejohanan juara-juara liga negeri pada tahun ini."