Atlet pelayaran negara, Khairul Nizam Mohd Affendy, sudah tidak sabar untuk kembali menjalani latihan bersama skuad negara selepas terpaksa disisihkan ekoran mengalami kecederaan ACL di bahagian lutut kanannya.
Khairul dijangka kembali ke tempat latihan di Kuah, Langkawi minggu hadapan bagi mempersiapkan diri menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
Dia menjalani pembedahan lutut, Februari lalu, yang memaksanya berehat panjang sehingga terlepas beberapa kejohanan penting antaranya saingan Top of the Gulf, Pattaya, Thailand.
Selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN), Khairul Nizam berharap kecederaannya itu tidak akan berulang kerana bimbang akan menganggu fokusnya ketika beraksi.
"Saya sempat ke Sukan SEA, cuma persiapan saya agak pendek. Tetapi saya optimis mampu melakukan sesuatu di tempat sendiri. Saya harap itu satu kelebihan buat saya bagi memberikan aksi yang terbaik," katanya.
Temasya Kuala Lumpur 2017 menawarkan 14 emas bagi acara pelayaran, kurang enam daripada yang ditawarkan ketika edisi sebelum ini di Singapura.
Namun, Khairul Nizam tidak berasakan itu satu kekurangan, sebaliknya optimis pelayaran mampu muncul antara penyumbang terbanyak pingat buat kontinjen Malaysia.
Khairul Nizam sendiri menyasarkan dua emas menerusi acara laser standard lelaki dan berpasukan.
"Di Malaysia, persiapan saya agak lambat. Mungkin akan bergelut sedikit, terutama berdepan lawan dari Thailand dan Singapura," tambahnya.