Lagenda MotoGP era 80an dan 90an, Kevin Schwantz, beranggapan bahawa siri perlumbaan motosikal paling elit di dunia, MotoGP, kini semakin membosankan.
Juara Dunia MotoGP 1993 itu melihat penguasaan hanya beberapa pihak dalam siri perlumbaan itu ketika ini menyebabkan saingan perlumbaan tersebut semakin mengecil dan hambar.
Beliau dalam satu temubual lebih memilih untuk menyaksikan perlumbaan Kejuaraan Superbikes Dunia (WSBK) berbnading MotoGP ketika ini kerana saingan dilihat lebih terbuka dan kompetitif.
Schwantz yang hadir sendiri untuk menyaksikan perlumbaan WSBK di Cremona , Itali menegaskan bahawa kesemua pelumba-pelumba yang terlibat dalam aksi WSBK lebih memiliki corak tunggangan yang lebih mantap dan menyeluruh.
"Superbike sentiasa menjadi perlumbaan yang bagus dan saya sebelum ini pernah mengatakan bahawa MotoGP kini semakin membosankan. Oleh sebab itu saya datang ke sini (Cremona) untuk menyaksikan siri perlumbaan WSBK." Katanya kepada Speedweek.
Disamping itu juga beliau memuji aksi pelumba-pelumba WSBK dan menganggap bahawa mereka mampu lebih menyinar sekiranya diberi peluang untuk beraksi dalam siri perlumbaan MotoGP walaupun jentera yang digunakan memiliki sedikit perbezaan.
"Sudah pasti sistem elektronik yang ada pada jentera superbike tidak sama dengan jentera MotoGP. Tapi saya fikir pelumba-pelumba superbike mampu menyesuaikan diri serta merta dengan jentera MotoGP.
"Toprak (Razgatlioglu) dam Nicolo (Bulega) misalnya memiliki kelebihan dalam setiap aksi tunggangan mereka." Jelas Schwantz lagi.
Bahkan Schwantz melihat kemampuan kedua-dua pelumba itu jauh mampu mengatasi pelumba terbaik yang ada dalam saingan MotoGP ketika ini.
"Saya menunggang MotoGP 500cc (sebelum ini). Tetapi saya fikir Toprak menunjukkan kemahiranya sebagai penunggang yang memiliki 'Stoppie' yang hebat dengan cara dia mengawal jenteranya yang menakjubkan." Kata Schwantz.