Skip to main content

Sukan Lain

Ketiadaan Grace dirasai -- Jackie

28218jackie.jpg
"Saya rindu sokongan daripada Grace," itu luahan atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang begitu terasa ketiadaan rakan seperjuangan, Grace Wong yang mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.

Menjelang temasya Sukan Komanwel yang kian tiba, ketiadaan Grace semakin dirasai Jackie apatah lagi selepas sekian lama berlatih bersama.

Bagaimanapun, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 ini tetap membawa semangat atlet yang telah dianggap seperti adiknya sendiri ke Gold Coast sepertimana dalam setiap kejohanan apabila sorakan Grace sentiasa mengiringi aksi Jackie.

Namun, dia tetap menghormati keputusan Grace yang enggan terlibat dalam mana-mana kejohanan pada tahun ini bagi memberikan  fokus kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya agak rindu kepada Grace kerana tidak menjalani latihan dan kejohanan bersama saya. Grace banyak memberikan sokongan kepada saya," kata Jackie.

Jackie dan jurulatihnya, Gu Yuan akan ke Perlis pada Rabu depan sebagai persiapan penuh sebelum terbang ke Gold Coast, Australia.

Walaupun tiada latihan di luar negara, itu tidak menjadi masalah untuk terus memperbaiki prestasi.

"Buat masa ini, kami akan berlatih di Perlis sebelum ke Gold Coast."

Advertisement

Must Watch Video